jemput jadi kawan =)

Sunday, October 16, 2011

mood lekas berubah

'Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa'


-gambar sekadar memberitahu bahawa,adakala meski diri kita dalam kondisi yang mengecewakan,namun kita perlu tersenyum dan terus memberikan senyuman,ibaratnya,andai kita tak bisa memberikan sesuatu untuk orang lain,cukuplah kita membantunya dengan cara membikin dirinya tersenyum dan merasa selesa setelah melihat senyuman kita.-


assalamua'laikum warahmatullah

sejak sabtu semalam saya duduk dirumah sahaja,ada plan nak keluar dengan kakak tapi al maklumlah dia walaupun sarat mana tau senyap,due date dah hampir dia tetap pergi keje,and sebelum zohor baru balik rumah.since dia dah balik rasa malas pula nak keluar,kasihan sebab dia dah sarat,saya yang lebih2 risaukan tentang dia,tapi dia...masyaAllah...diajak poco2 pun mau agaknya =)

lepas maghrib tadi saya akk n her hubby keluar,katanya mau ke pasar malam taman medan pj,sebelum tu saya ajak ke seksyen2,mahu print beberapa perkara,dah duk berjalan kat pasar tu,rasa terharu sangat...sebabnya saya dah lama tak masuk atau kata lain tak pergi pasar malam.rindu pulak suasana tu.tambah2 pulak saya memang banyak2 pasar,memang suka kesana,sama juga kalau bulan puasa memang prefer bazaar taman medan.puas hati aje,tapi kalau nak tau pasar depan mata tak pergi.misalnya pasar malam dekat rumah ma ayah saya diperak,betul2 depan rumah,5 6 langkah aje sampai...tapi tak pernah saya jejakkan kaki dah...mula2 pindah kesitu adalah sekali pergi,kebetulan time tu malam raya(malam raya qurban) kakak duk ajak cari ape2 utk raya esoknya...

alhamdulillah saya memang berhajat nak beli ayam ape entah namanya,suka makan yang itu tapi nama lupa...hee...dan dapatlah beli tadi,ingatkan dah siap beli bagai nak terus balik,tapi kakak ajak ke mamak...as usual mamak yg diorangs elalu pergi,ayah saya kalau datang sini punselalu akan pergi kedai mamak tu,ya Allah...lagi sekali saya lupa nama kedai mamak tu,yg pasti kedai mamak ni,penuh aje dengan umat manusia...

and....part ni terharu dan rasa happy sebab saya terbetembung dengan kakak saya lagi sorang...haha...punyalah nak gelak pun ada.macam mana kami boleh bertembung,alhamdulilah Allah dah lorongkan pertemuan kami adik beradik agaknya,sementelah kami masing2 dengan urusan masing2...urusan duniawi yang tak pernah sudah...patutlah akak saya yang seorang ni sibuk ajak juga ke mamak,agaknya ada gerak hati ke ape agaknya...hihi

jadi bila dah ketemu,wuwuu....sembang borak bagailah...hihi,yang pasti sembang kami banyak fasal emak ayah,kami masing2 rindukan emak ayah,adik semualah...rindu anak2 buah saya yang dua orang tu...ya Allah,saya kalau rindu sangat mesti tengok gambar2 diorang dua beradik,dalam laptop saya pun penu gambar diorang berdua dari saya...sayang sangat kat dua beradik tu..bijak mudah dengar kata and penghibur hati untuk saya.saya tak call dua beradik tu sebab,kalau diorang tau yang call tu saya,berebut2 mau cakap and akhirnya beramuk pulak...namo namo =(
si adik sedikit lasak and garang berbanding abang yang selalu mengalah and merajuk diam2.

kalau call emak pula,biasa call emak pagi,kalau ayah yang jawab call maknanya ma saya pergi jogginglah tu,ayah siram bunga..hihi,kadang2 aje ayah ikut mak jogging.kebetulan kalau ma tak bawa hp pergi jogging means memang ayahlah yg akan jawab call,sekadar berkongsi,saya akan rasa tenang yang bukan kepalang bila dapat bercakap dengan ma atau ayah,betapa indahnya kejadian dan nikmat ciptaan Allah...hanya dengan bercakap dengan ibu ayah saya jiwa dan hati saya yang gundah bertukar lega,alhamdulillah...

seperti tajuk yg diatas,mood saya lekas berubah...masyaAllah...
tadi dapat jumpa dengan adik beradik pun buat saya happy,alhamdulillah meskipn cuma 3beradik sahaj berkumpul =)

walhal sebenarnya hari jumaat lepas saya kurang sihat =(
sungguh,rasa lemahnya tubuh,lepas usai solat isya' saya rasa mahu rebah sahaja dan time tu jugaklah rindu pada emak membuak2...ya rabbi...menangislah hati ni,betul2 nak mak... =(
ya Allah...lemahnya diri ini tatkala dihambat rasa sakit dan terlalu merindui si ibu...Allah...Allahuakhbar,disitu sama2 kita boleh lihat betapa kuat dan besarnya kasih ibu pada anak,betapa hebatnya 'kuasa' yang Allah kurniakan bagi seseorang yang bernama ibu...always connected...huhu

dah rasa weng(maksudnya pening2 gitu,berdenyut dikepala,kebetulan rasa rindu benar kat omak den)
tertidur sekejap,tapi terjaga pula lepas tu...mmm,cuma malam tu memang subhanallah...hanya Allah yang Maha Mengetahui...

tapi saya siap2 set minda supaya lepas bangun esoknya,mahu lupakan yang tidak2,dan refresh nawaitu supaya lebih kuat,hee...maka datanglah pulak hari sabtu,selepas kemas2 bilik,saya mulakan aktiviti cool saya,memasak...wah! entah kenapa,semalam waktu memasak beberapa kali saya nak terpotong,eh dah terpotong pun sikit kuku ni ha... =(

yang jari telunjuk luka,berdarah lagi tu,huhu...nak pengsan tengok darah,sungguh...saya pejamkan mata aja,dan cuci dekat air =(
kalau kakak ada mesti dia dah balutkan dengan kain atau plaster luka.bukan penakut,tapi itu kekurangan saya,saya tak mampu tengok darah.saya boleh muntah dan boleh pengsan gamaknya...huhu

part tu macam saya dalam keadaan suam2 gitu peningnya,tapi lekas benar mood saya berubah...dah usai masak bagai,saya buat kerja lain pulak...paling saya suka,membaca...dah baca perkara2 yg buat diri termotivasi saya jadi lain,happy,ditambah pula ada perkara2 yg bikin saya happy,misalnya call ma,sembang dengan kakak2 dan apa2 shj yg boleh saya kembali ceria...alhamdulillah...mudah benar alih angin...heee

apapun,saya berdoa supaya janganlah kerana saya,ada yang terluka ataupun menghampir kepada kesusahan dan kepayahan...mohon dijauhkan,andai pernah maafkan saya...

p/s:mudah2an Allah memanjangkan jodoh kita dalam keadaan yang diredhai,jodoh yang berkait dalam apa juga punca rezeki..


No comments:

Post a Comment