jemput jadi kawan =)

Friday, October 14, 2011

RINTIHAN DALAM KALUNGAN DOA

assalamualaikum warahmatullah,

masyaAllah...subhanallah...Allahuakhbar...
dalam kebimbangan kehilangan arah dan kerapuhan benteng kekuatan diri,saya memohon pada Allah agar saya dijauhi dari sifat2 takut,lemah,tipu daya syaitan dengan kata2 nista yang mendorong hawa nafsu liar(sifat2 mazmumah),mohon Allah memberi kekuatan yang berlipatganda,hati yang tenang,jiwa yang tenang,dan selalu berada dalam kondisi tenang dan sabar selalu...

ada waktu andai diri kita dalam rasa gundah gulana,kecewa dan susah hati tentang sesuatu tidak semua dapat diluahkan,bukan semua yang akan kita kongsikan,untuk saya sepertinya amat berat untuk berkongsi, kalau boleh mahu semua yang berada di sekeliling saya gembira selalu tanpa dengar keluhan demi keluhan dari saya.tak mahu ada situasi yang kurang senang dan memberatkan fikiran orang lain...andai ianya berlaku ianya adalah tanpa sengaja,sesungguhnya...kerana bagi saya,hanya yang terplih dan dipilih olehNya sahaja yang mungkin bisa mendengar rasa hati dan keadaan yang sedang dilalui,antara kita bukan semua dan tidak semua dapat menjadi teman paling 'sabar,jujur serta ikhlas' dengan kita,tak gitu?

Bersandarkan diri pada tiang, tak mustahil tiang itu jatuh dan rebah, bersandar pada manusia, kelak ditinggalkan dan meninggalkan, Namun indahnya bersandar pada ALLAH, tak pernah hilang, atau ditinggalkan, Malah lebih utuh dan teguh.Masya ALLAH!

Ya ALLAH.. Engkau memberi kekuatan kepada sesiapa yang engkau kehendaki, Jadikanlah kami hambaMu yang semakin kukuh dan tegar bersandar kepadaMU, mendekatiMu, dan mempunyai impian mahu Melihat MU...aamiin

ya Allah, nak menaip pun rasa lemah jari jemari,mudah2an saya lebih tabah...dengan rasa rindu yang menggunung pada mak ayah,dan sedikit rasa kurang sihat harini bikin saya sedikit 'lemah'...
ya Allah jauhkan aku dari kekusutan,lemah dan bersedih yang berlebihan...andai sedih ini untuk memperingat dan muhasabah diri atas kesilapan yang lalu,aku redho.berikanlah aku petunjuk serta hidayahMu...mohon Allah tuntun hati ini supaya terus tabah...ameen.


"BERSABARLAH dalam menghadapi derita yang menimpamu..
Ukirlah sebaris SENYUMAN walaupun berdepan dengan tekanan..
SENANGKANLAH hatimu dengan jaminan janji-Nya Syurganya untukmu..
Berlapang dadalah agar kau bertemu dengan KEMANISAN IMAN...insyaAllah.

"Maka hendaklah mereka sedikit tertawa dan banyak menangis sebagai pembalasan dari apa yang mereka telah kerjakan.'' (QS At-Taubah:82)

Apapun yang berlaku,biarkan berlalu,redhokan setiap yang telah diqada' oleh Maha Berkuasa untuk kita,teruskan usaha dan tingkatkan keimanan dan ketaqwaan pada Allah...mari sama2 menjadi hamba yang tawaddhuk...Allahuakhbar...

wahai burung yang berterbangan,hampiri aku salah seekor daripadamu,sampaikan salam kasih dan rinduku yang menggunung pada insan yang telah menjadikan aku ini tegar dan tabah hidup merantau disini...katakan pada ibu ayah ku bahawa aku kasikan mereka dunia dan akhirat,kasih atas nama Yang Maha Kaya...aku terlalu merindui mereka....subhanallah....

=)




No comments:

Post a Comment