jemput jadi kawan =)

Sunday, February 19, 2012

Barakallah Imam Muda Hassan dan isteri


assalamua'laikum sahabat :)

saya pasti ramai yang sudah tahu mengenai hari pernikahan IM Hassan dan Ulfah.
jadi saya nak beri hadiah pun rasanya tak sampai,sebab cuma kenal mereka berdua dari jauh aje,jadi hanya doa aje yang mampu dihulurkan disamping itu saya berbesar hati mahu kongsikan berita gembira ini buat kalian semua...

sebelum tu maaf ya IM Mujahid,saya ambil gambar ni dari facebook beliau ni haa https://www.facebook.com/ImamMudaMujahidSuhaimi ....
maaf sebab ambil tanpa selindung.hehe...

Ya Allah sepadan betul...comel aje.
taktau nak cakap cemana tapi memang hati tersentuh bila tadi tengok video klip IM Hassan dan isteri.hasil tangan 3pihak lah gitu... kalau mahu lihat sama meh klik ni haa http://vimeo.com/36984917

antara sebab yang saya jadi rasa sesuatu ni haa

pertama - tak pernah lihat video kahwin dan seumpamanya yang mengeksklusif dan mengangkat ugama Islam sebenar benar dan selayaknya melainkan hanya berlandaskan rasa ingin dilihat nilai eksklusif pada perkara2 yang tidak penting.maksudnya hampir semua yang saya lihat mesti nak tonjolkan ciri2 kemewahan dan entah hapa lagi...

kedua - OHSEM! pengantin yang ohsem kedua2nya.lagi sweet backgrond music by anuar zain sedetik lebih...nak tahu? saya pernah dengar lagu tu sebelum tu tapi saya tak endah sebab saya memang kurang dengan lagu2 cinta bagai ni(kurang tapi tetap dengo)...dengar pun ya tak ya aje.tapi penangan tengok video yang subhanallah ohsem tuu saya dandan download lagu tuu... hihi :P

ketiga - eh kenapa bila saya lihat video klip tu saya rasa sesuatu ya? sebab sedih andai kata suatu hari saya dimiliki sah oleh hamba Allah yang terpilih itu,maka saya akan tinggalkan emak ayah :(
Ya Allah betul kata mak saya....mak orang sedih ni haa... ''terasa baru tadi mak lahirkan kakcik tapi sekarang kakcik dah besar,dah jadi anak dara pula tu...'' - satu masa dulu...Allah Ya Allah :(

sebab paling tepat ialah kerana saya bangga dengan pernikahan mereka.betul2 mengangkat martabat dan keindahan Islam.

sama padan.sama2 manis.sama soleh dan solehah.dan kerana itu Allah pautkan hati mereka berdua.ini antara hamba Allah yang amat bertuah kerna memiliki satu sama lain... ya Allah semoga kekal hingga ke jannah Mu Ya Allah.

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain...

maka berdasarkan ayat diatas mudah2an kita tidak ambil mudah soal nikah kahwin.jika sampai seru maka bersykurlah dan jadilah bakal zauji dan zaujah yang baik...mudah2an yang membaca semua ini mendapat kebahagiaan dunia akhirat dan pada yang belum bernikah saya doakan dipertemukan dengan insan yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.aaminn :)

yang sudah lakukan yang terbaik dalam perhubungan kalian.moga dirahmatiNya.


eh jangan lupa ya,lihat video klip highlight pertama IM Hassan dan isteri :)
comel!



barakallahula kuma wabaroka alaykuma wajamaa baina kuma fi khyar Imam Muda Hassan dan Ulfah :)
moga2 Allah menghimpunkan kalian berdua dalam keberkatan dan rahmat yang berkekalan.semoga kekal hingga ke syurga Allah.aaminn



p/s- hehe.comel dan comel.


No comments:

Post a Comment